Selamat Datang. Terima kasih ye... kerana menjenguk blog eisya syaiful

Saturday

eh..anggurku dah berbuah...

yeaayyy.... setelah sekian lama ku tunggu akhirnya kau muncul jua....sukanya ati ES bila belek2 pokok anggur ES ni..nampak setangkai bunga anggur...hati ES pun turut berbunga-bunga...hahahah


hari demi hari...nampaknya lekatla jugak enam biji ni.....ehhh.. x kuar pulak pic buah anggur ...nnti arr len ari la plak..ES upload ye...

projek lagi..

hahahahah ini projek ES yang lama dah tergendala...hihihi busy la katakan...(busy la sangat hahaha)


kita keringkan dia dulu...guna jew hair dryer cepat skit keringnya...




taraaaaaa....
 dah siap...ngehngehngeh..bolehla kan...untuk letak gunting2, pembaris ES kat dalam tuh...



P/s: sorry la...pic projek yang nak siap jew ada... proses mewarna tin, menampal tisu tu..lupa nak snap laa... x pe..nnti bila buat projek decoupage ni lagi...ES akan snap sume pic dr awal hingga akhir ye...(bilala agaknya nak mendecoupage lagi hehehe)

Cokelat oh cokelat




cokelat....siapa agaknya yang tak suka makan cokelat.... tanyala budak tecik mana pun mesti suka coklat...ES pun sukeeeee cokelat...nak2 cokelat yg ada kekacang tu...Tp terkedu gak ES bila dpt tau yg KKM dah sahkan dua produk cadbury tu ada DNA khinzir (porcine).Subhanallah.







Haa... waspadalah penggemar cokelat semua ye.. Yang kat bawah ni, nak beli kena check  no batchnya dulu... yang lain2 tu camne ek... lau dah diproses dikilang dan peralatan sama yang digunakan??mmm.....






KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KENYATAAN AKHBAR

PENGESANAN DNA PORCINE DALAM COKLAT SUSU DENGAN
KACANG HAZEL – CADBURY DAIRY MILK


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu
pengesanan DNA khinzir (porcine) dalam produk Coklat Susu dengan
Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas melalui aplikasi
media sosial pada 23 Mei 2014. Di dalam media sosial tersebut telah
memaparkan keputusan analisis DNA khinzir (porcine) dikesan di dalam
produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk.

Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah
bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi
kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan
makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya.

Hasil siasatan oleh KKM mendapati tiga (3) sampel coklat Cadbury telah
diambil untuk analisis DNA khinzir (porcine) bagi tujuan pemantauan.
Keputusan analisis mendapati dua (2) sampel telah dikesan mengandungi
DNA khinzir (porcine) iaitu:
i) Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut
dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh
luput 13 November 2014; dan
ii) Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast
Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang
bertarikh luput 15 Januari 2015.

Manakala, satu (1) lagi sampel Coklat Susu - Cadbury Dairy Milk Chocolate
tidak dikesan DNA khinzir (porcine).

Pihak pengeluar iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. telah
memberi jaminan akan memanggil balik produk-produk yang terbabit dari
pasaran dengan serta-merta.

KKM menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok
(batch no.) pada label produk sebelum membeli atau memakannya.

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang persoalan, pengguna boleh
mengemukakan kepada KKM melalui laman web Bahagian Keselamatan
dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau
www.facebook.com/bkkmhq


DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

24 Mei 2014

Thursday

Entri seblm ni ada ES citer pasal tempahan pertama batik pants dr seorang customer....Alhamdulillah... selepas tu..ramai pulak yag datang nak tempah batik n pelikat pants..so..ES layannnzzzz jew laa...








yang ni...lain sket..customer mintak buatkan patern aflin shauki punya...tapi dia xnak cawatnya terlalu labuh...so, ES layannnzzzzz jugak...hihihihi






Nak dijadikan cerita..masa ES lepak2 kat kedai Repair Jeans DENIM4U , ES pakailah sluo batik yag ES buat ari tu..ada sorang customer tu tegur..dia siap nak mintak ES buatkan..ES gurau2 jew ..boleh..bawak kain la...sekali dia bawak betul...hambikk kau.. So, ES pun buat lah...ni haaa.. tapi x de lah bergetah kat pinggang ngan kaki mcm yang ES punya sbb budak ni lelaki..kiranya..budak ni customer batik pants ES yang pertamalah...ngeh..ngehngeh..
mmm...beberapa hari lepas ES adalah try memandai2 nak buat seluar batik ni..hahaha sekarang ni kan femes  pelikat pants & batik pants...tp ES x gemor mn jenis yang itik gembo2 tuu...hehehe alah yang Johan selalu paki tu..aflin shauki punya sluo tu... sebab lau ES pakai..nnti sebijik plak jadik itik gembo2..huarghh hahaha..

hehehe....punya la tekun ES terkedek2 duk jait getah tu...kat pinggang ngan kaki..ES buat getah cam nih...cun skit kot..hehehe




setelah berbintang bijik mata ES ni..duk ngadap mesin jahit tu...hahahaa ni lah hasil nya...taaadaaa...... bolehlah kan..setakat buatt tido mlm tu.... (p/s: tapi ES pakai sluo ni bukan sekata buat tido jew...kat pasar malam pun ES belasah pakai gak..hahahaha



P/S: abaikan kesepahan kat blkg tu drp pandangan mata anda ye..heheheh