cokelat....siapa agaknya yang tak suka makan cokelat.... tanyala budak tecik mana pun mesti suka coklat...ES pun sukeeeee cokelat...nak2 cokelat yg ada kekacang tu...Tp terkedu gak ES bila dpt tau yg KKM dah sahkan dua produk cadbury tu ada DNA khinzir (porcine).Subhanallah.Haa... waspadalah penggemar cokelat semua ye.. Yang kat bawah ni, nak beli kena check no batchnya dulu... yang lain2 tu camne ek... lau dah diproses dikilang dan peralatan sama yang digunakan??mmm.....
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
KENYATAAN AKHBAR
PENGESANAN DNA PORCINE DALAM COKLAT SUSU DENGAN
KACANG HAZEL – CADBURY DAIRY MILK
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu
pengesanan DNA khinzir (porcine) dalam produk Coklat Susu dengan
Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas melalui aplikasi
media sosial pada 23 Mei 2014. Di dalam media sosial tersebut telah
memaparkan keputusan analisis DNA khinzir (porcine) dikesan di dalam
produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk.
Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah
bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi
kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan
makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya.
Hasil siasatan oleh KKM mendapati tiga (3) sampel coklat Cadbury telah
diambil untuk analisis DNA khinzir (porcine) bagi tujuan pemantauan.
Keputusan analisis mendapati dua (2) sampel telah dikesan mengandungi
DNA khinzir (porcine) iaitu:
i) Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut
dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh
luput 13 November 2014; dan
ii) Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast
Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang
bertarikh luput 15 Januari 2015.
Manakala, satu (1) lagi sampel Coklat Susu - Cadbury Dairy Milk Chocolate
tidak dikesan DNA khinzir (porcine).
Pihak pengeluar iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. telah
memberi jaminan akan memanggil balik produk-produk yang terbabit dari
pasaran dengan serta-merta.
KKM menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok
(batch no.) pada label produk sebelum membeli atau memakannya.
Sekiranya pengguna mempunyai sebarang persoalan, pengguna boleh
mengemukakan kepada KKM melalui laman web Bahagian Keselamatan
dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau
www.facebook.com/bkkmhq
DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
24 Mei 2014
.jpg)


No comments:
Post a Comment